Tuesday, 10 November 2015

Say what?

For a person who's not into dramas, it makes no sense to create my own drama-blog. Well, dramas are sometimes fun, tapi drama-drama sekarang ni are too cliche. Don't even get me started on the list. Well, I'll just list it down anyways.


  1. Seorang jejaka terlajak kaya, anak kepada tokoh korporat ternama tapi tapak office yang disewa untuk shooting rumah kedai je. Menjadi rebutan dan pujaan gadis-gadis macam kau di luar sana. Tetapi hatinya pernah, auww, dikecewakan oleh gadis pilihannya suatu ketika dulu. Setelah menutup pintu hatinya sekian lama, tiba-tiba, ah, terpaut hatinya pada gadis lain dan kahwinlah mereka. Namun, si bekas teman wanita kembali mengganggu, merayu simpati, tetapi tidak dilayani jejaka itu. Dapatkah jejaka itu kecapi kehidupan bahaginya? Ataupun si bekas teman wanita berjaya membalas dendam kesumat yang terpendam di dalam hati yang hitam?
  2. Seorang jejaka terlajak kaya admit it, it all starts with this filthy rich dude yang suka mempermainkan perasaan wanita-wanita even though some are willing to dipermainkan, siapa tak nak lelaki kaya payung dan berfoya-foya dengan kekayaan dimilikinya. Namun setelah what it seemed like forever dia berkelakuan sebegitu rupa, hatinya diketuk oleh seorang wanita yang entah dari desa permai mana asal usulnya, yang dibuang oleh keluarganya, yang dikutip dari jalanan. Dan setelah beberapa episod yang lembap jalan ceritanya, mereka pun berkahwin  nak halal, katanya tanpa pengetahuan orang lain. Maka terungkailah satu persatu rahsia. Perkahwinan diketahui keluarga si lelaki. Asal usul wanita yang dicintai. Rancangan jahat wanita yang cuba merapati face it, kau dah kena reject jejaka itu.
  3. Seorang jejaka dan wanita yang oh, so opposite. Berlainan darjat dan latar belakang kehidupan. Namun takdir of course, its ALL written in the stars, blame it all on the stars telah menemukan mereka. Dan atas circumstances masing-masing, mereka pun membuat keputusan mengejut untuk berkahwin. Bukan kerana cinta! Tetapi hanyalah untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada permasalahan sendiri. Dan kemudian munculah tanda tanya daripada semua. Kenapa kahwin? Bila kahwin? Dan semestinya, wujud mereka-mereka yang kurang senang dengan perkahwinan itu.
I can think of a few more. Tapi semua lebih kurang. Baru type tiga points pun dah pening kepala. Never mind the rest.

So what are we showcasing here? Drama-drama Melayu ni tak ada benda lain ke nak cerita? Lelaki kaya. Perempuan orang biasa. Somehow they crossed path and got married. Lepas a few setbacks they lived happily ever after. That's all?

That's not the only impacts dramas have.

Budak-budak pandai nyanyi theme songs which some are insanely annoying for the dramas, when they should be memorizing jadual kimia ke, sifir ke.

Gadis-gadis out there dreaming bout one day jumpa their jejaka terlajak kaya. Tunggu punya tunggu kau ingat ramai sangat ke lelaki terlajak kaya nak pandang kau? tak jumpa-jumpa pun. In the end, jadi too picky, too demanding. Resulting in lambat kahwin, dapat anak lambat, increasing risks for abnormal pregnancies. Atau kahwin dengan pilihan keluarga, in which not all ended well. Lepas kahwin macam-macam perangai suami yang tak elok keluar. Yelah, tak kenal hati budi, kahwin sebab family suruh. Hence contributing in the increase of divorce rate.

Same goes for the guys. In hopes that one day ada wanita terlajak kaya jatuh eh penat-penat dia cari duit, senang-senang kau nak duduk bawah payung hati kepada mereka. Sampai lupa in reality kena kerja, tunjuk kemampuan. Bukan nak suruh jadi terlajak kaya pun, cuma, think about it. Kalau kau tak boleh nak isi perut sendiri, macam mana kau nak isi perut anak orang?

And yang annoys me the most, watak anak orang kaya, belajar tinggi-tinggi di luar negara, tapi pandai cakap 'so,' 'I think,' 'whatever,' 'actually,' je? Not to mention bila si ex-girlfriend call, nak marah cakap jangan ganggu lagi. Dalam dunia drama ni handphone canggih tak ada function untuk block number ke? Don't tell me you don't know how to use it, kan kau belajar tinggi-tinggi? Oh, dah tau nak sorok daripada isteri yang scandal call, tapi save nama scandal dalam phone guna nama penuh. Kau rasa?

And the ever eternal, watak wanita lemah. Kena gertak dengan the crazy ex-girlfriend, takut. Bapa tiri datang minta duit, bagi. Ibu mertua hina dan tak terima, menangis tepi bucu katil. It's 2015, who does that anymore? Imagine bangsa lain tonton drama-drama ni. Oh, lemah sungguh wanita-wanita Melayu. Mana women empowerment? Mana classy ladies? Mana super girls? 

Macam mana pula dengan rungutan netizen hari-hari? Cukai lah, tol lah, pendapatan kurang mencukupi lah, kos membesarkan anak yang tinggi lah. Itu semua realiti. Kalau drama-drama yang diterbitkan cuma memberi kisah dongeng yang membuatkan penonton sibuk dengan alam fantasi dalam kepala mereka, siapa yang nak beri the whole hardcore, bitter, hurtful truth?

Hey, even cerita Hindustan pun ada yang tampilkan watak zero to hero. Hollywood tak usah disebutlah.

So this drama-blog, is supposed to be sort of a fiction that is close enough to reality.

Tak suka what you read? Hey, it's a free country. Nobody invited you here, nobody is forcing you to leave, either. I can write whatever I want cause you know why? It is my blog. Kalau tak suka cari lah blog lain. Atau tulis blog sendiri. Luahkanlah segala pemikiran yang terpendam tu. Simpan lama-lama pun tak jadi emas.

Some intro, huh?



Good day to all
Su R